Ini siri ke-2 dari Kisah Kawan Punya Cerita. Untuk lebih memahami cerita ini..anda semua perlu baca Kawan Punya Cerita dahulu. Sambungan dimulakan semula.Selepas berjumpa dengan doctor peribadi si mat saleh tue..dia pun punya bangan pun menghabiskan duit dia dekat doctor tue. Tak ke siut jer .. duit yang patut dihabiskan untuk percutian luar negara dah dihabiskan untuk doctor tue.
Hari yang dinantikan telah tiba. Kawan Tipah iteww pun berjumpa dengan mat saleh tue di stesen keretapi (nama dan tempat kejadian terpaksa dirahsiakan). Setibanya di airport untuk menaiki pesawat Boeing 474-400 ke Kuala Lumpur, mat saleh tue jadi jakun kali ke berapa ntah. Sebab ini kali pertama dia naik kapal terbang jumbo tue. Mata mat saleh tue melilau merata-rata kerana ini kali pertama dia naik kapal terbang besar. Bila nak masuk jer kapal terbang tue (boarding) ..kaki dia jadi mengeletar kerana tak pernah naik flight besor macam tue.
Masuk jer dalam flight.. muka dia jadi macam mat duku..mata dia sekali lagi melilau tengok sekeliling dalam flight..kerana tak pernah naik flight. Bila dia mendapat seat.. dia duduk dan bertanyakan kepada kawan Tipah teww...berapa lama perjalanan ke malaysia. Kawan Tipah jawab la.. dalam 12 jam. Lepas iteww...muka mat saleh tue tetiba berpeluh..kerana selama 12 jam itu.,.dia tak dapat merokok. Mat saleh tue sebenarnya kaki tegar rokok. Boleh kata setiap jam jer dia akan merokok..pantang ada orang tegor..dia akan melenting dan makin hamun. Kawan Tipah pun pernah kena maki dengan mat saleh tue sebab kawan Tipah tegor yang merokok tue membahayakan kesihatan.
Selama 12 jam perjalanan dalam flight iteww.. mat saleh tue tak dapat tidor lenyak katanyer..sebab sakit kepala!!! Sakit kepala sebab apa?? Sebab tak boleh merokok!! Alasan yang tak boleh masuk akal..dan sekali lagi..kawan Tipah tue jugak kena marah oleh mat saleh tue sebab tak boleh merokok. Kesian jugak Tipah dekat kawan tipah tue.. tak pasal2 kena maki hamun ngan penyagak tue.
OK..habis bab dalam flight. Sampai jer dekat KLIA ..mat saleh tue terus memakai jaket (sweater) yang sebelum tue dia hanya pakai baju t-shirt sahaja. Kawan Tipah tanya la..kenapa dia pakai jaket..sebab nanti panas bila masuk dalam airport KLIA. Mat saleh tue jawab.. doctor peribadi dia kata..dekat malaysia banyak nyamuk. Especially nyamuk malaria.ntah apa la alasan dia. Kawan Tipah pun kata.. dalam airport KLIA mana ada nyamuk..satu bangunan satelit tue tertutup rapi..mana ada nyamuk masuk. Mat saleh tue tetap dengan pendirian dia.. dia kata ada nyamuk..takut kena gigit dengan nyamuk la.. takut kena penyakit la. Terus pening dibuatnya kawan Tipah tue..kesian Tipah tengok perangai orang macam nie..tak leh terima nasihat.
Satu lagi.. satu perangai macam hantu plak yang mat saleh tue buat..turun jer dari flight..dia tanya kawan Tipah..kat mana smoking room?? Mana la kawan Tipah tue tahu smoking room kat dalam KLIA.. tak pasal2 kawan Tipah kena maki sekali lagi oleh mat saleh tue..kesian sangat korang.
Ada sambungan lagi kisah kejahilan Mat Saleh nie.. tunggu la sambungan Kawan Tipah Punya Cerita - Siri 3
Harap Maklong






1 comments:
bengap plak mat saleh ni.. wakakak!! next..
Post a Comment