twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

Kawan Tipah Punya Cerita - Siri 3

Assalamualaikum. Ini sambungan Kawan Tipah Cerita Siri 3. Sambungan dari Siri 2 dan Siri 1. Sambungan akan dimulakan.

Setibanya di Kuala Lumpur International Airport (KLIA), kawan Tipah itu dan mat saleh tue terus ke domestic flight bahagian satelit untuk mendapatkan connection flight ke Langkawi. Sebelum itu..kawan Tipah itu juga mengajak seorang lagi kawan yang duduk di Kuala Lumpur untuk mengikuti mereka ke Langkawi. Maka kawan Tipah itu pun pergi bertiga ke Langkawi.

Apabila Tipah menunggu kawanya (girl - malay) tak tiba2 jua. Kawan Tipah pun terus msg sama kawan dia..rupa2 kawan dia ada dekat luar ..bahagian check in. Girl dari KL itu rupanya tidak Check In lagi kerana menunggu kawan Tipah untuk menjemput nyer sekali. Jadi Kawan Tipah itu pun terpaksa keluar dari bangunan satelit..dan melepasi kastam dan imigresen semata-mata untuk menjemput kawannya dari KL itu yang berada di luar. Setelah berjumpa ..mereka terus check in dan terus ke KFC untuk bersembang-sembang. Maklum la..mereka sudah lama tidak berjumpa. Tetapi.. mat saleh tadi tak dapat keluar dari imigresen KLIA kerana connection flight ke Langkawi dalam masa 2 jam lagi. Terpaksa la mat saleh tue menunggu di dalam bangunan satelit.

Dekat sejam juga kawan Tipah itu dan kawannya dari KL itu berbual di restoran KFC.. dan mat saleh yang berada dalam bangunan satelit tue pun berasa gelisah kerana menyangkakan yang kawan Tipah telah meninggalkan dia keseorangan. Jadi mat saleh itu terus ke kaunter pertanyaan untuk bertanyakan kemana hilangnya kawan Tipah itu. Mat saleh itu menyebut nama kawan Tipah (R****a) kepada saudari yang berada di kaunter pertanyaan itu. Pening kepala dibuatnya saudari di kaunter pertanyaan itu..kerana mana la dia kenal kawan Tipah tue. Kan bengong namanya mat saleh tue ...

Lebih sejam kawan Tipah itu berbual .. mereka terus masuk ke bangunan satelit dan berjumpa dengan mat saleh tue. Maka sessi suai kenal bermula la antara mat saleh tue dan kawan tipah yang berasal dari KL tue. Lagi setengah jam gate akan dibuka..maka mereka terus ke pintu boarding 32 .. untuk bersiap sedia boarding flight Boeing 737-300 ke Langkawi. Mat saleh tue lagi sekali jakun jadinya apabila kaki beliau nak melangkah naik ke dalam badan pesawat. Maklumla ..jarang naik flight. Masuk dalam flight, mereka mendapat duduk sebaris .. Kawan Tipah duduk di tepi tingkap, kawan tipah yang asal dari KL tue duduk tengah2 dan mat saleh itu duduk di tepi sekali. Mat saleh tue kata..dia nak duduk tepi..kerana mudah untuk dia meminta air teh (tanpa gula) dari pramugari tanpa menyuruh kawan Tipah memanggil pramugari.

Maka Kawan Tipah dan kawan dari KL tue pun mengambil kesempatan untuk berbual-bual macam2 perkara termasuk mengutuk mat saleh tue dalam bahasa melayu. Nasib baik mat saleh tue tak faham bahasa melayu..kalau dia faham la.. nahas kawan Tipah tue.

Ada lagi sambungan kisah Kawan Tipah Punya Cerita. Sila nantikan yer

Harap Maklong

2 comments:

tue diak..! said...

uwaaa.. bile nk smbg cite ni.. nextt plezzz!!

PutraRocker said...

LANGKAWI BUMI MAHSURI